neobux

Saturday, April 23, 2011

7 Tips Membeli Laptop

1. Penggunaan – Motif atau tujuan utama laptop tersebut dibeli. Jika untuk bermain games perlukan laptop yang lebih canggih. Jika hanya untuk menaip dan melayari internet, cukup sekadar yang sederhana.

2. Budget – Berapa budget, anggaran atau lebih senang duit yang anda ada. Lebih digalakkan membeli secara tunai berbanding menggunakan kaedah hutang. Lebih menjimatkan. Tetapi tidak salah membeli menggunakan kaedah hutang, ansuran seperti kad kredit, cuma tidak disyorkan.

3. Warranty – Jaminan sesuatu laptop kebiasaannya adalah satu tahun. Tetapi kita tidak mahu menggunakan laptop dalam tempoh satu tahun sahaja. Mahukan lebih daripada itu. Pastikan warranty lebih lama supaya kita lebih bersedia dengan kemungkinan buruk.

4. Buat pemerhatian – Kunjungi mana-mana kedai yang menjual laptop. Tanya dan buat perbandingan antara satu produk atau jenama dengan yang lain. Tidak terburu-buru membeli dengan tawaran kerana ianya melibatkan duit yang beribu-ribu. Pastikan jangan tertipu.

5. Tanya pemilik – Ini salah satu cara paling berkesan sebelum membuat sebarang tindakan. Pemilik laptop, biasanya rakan-rakan sendiri lebih mudah memberikan nasihat, pro dan kontra sesebuah laptop yang ingin dibeli.

6. Model - Jenama juga memainkan peranan penting. Kadangkala jenama memberikan keyakinan kepada kita untuk membeli.

7. Bantuan – Servis bantuan selepas jualan juga penting. Ke mana kita akan rujuk jika ada masalah? Siapa kita perlukan? Bagaimana dengan servisnya? Adakah meluas? Itu semua penting.

Wednesday, April 20, 2011

Jack Sparrow orang melayu ????..

senjata silam Melayu dipanggil "Terakol" menjadi popular setelah dipakai oleh Captain Jack Sparrow dalam filem "Pirates of Carribean"

user posted image
user posted image

Terakol atau Tarkul adalah antara senjata popular dikalangan pelaut,pedagang dan lanun-lanun Melayu.
Tarkul atau Terakol ini pada awalnya menggunakan teknologi kancing roda di mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan ‘fius’.Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan bentuk dari sebuah lagi senjata silama Melayu bernama Pemuras yang dikecilkan.Terakol digunakan di dalam peperangan Rajah,Datu dan Sultan-sultan di Filipina melawan Sepanyol,juga askar Brunei menentang Rajah Brooke.

Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka.Dalam Perang Naning juga senjata ini digunakan.Sekitar tahun 1530,Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.

*Dalam filem Pirates of Caribbean,Jack Sparrow menggunakan Terakol jenis kancing batu api (flintlock)

Ketua Lanun,Laksamana dan Syahbandar Melayu sering bergaya menyelitkan Terakol ini di pinggang bersama-sama keris mereka.

teknologi "flintlock" yang dicipta oleh dunia barat maka ketika itu bertukarlah namanya dari Terakol atau Tarkul menjadi pistol.
user posted image

...
mengenai Captain Jack Sparrow, dia adalah Melayu.. lagenda lanun melayu "the 19th Malay Regiments of British Royal Navy"

ada dekat 300 dokumen yang berkaitan kisah Captain Jack Sparrow yang berbangsa Melayu ini di dalam simpanan kerajaan penjajah British

~ Captain John Davie (Captain of the Curse Regiment) = Captain Davvy Jones
~ 19th Regiments mutinied against British = Seacrew of Black Pearl mutinied
~ 3 Malay Pirates Hang in Queen Dock London = 3 Pirate hang on Pirate of Carrebean I
~ Curse Regiments merampas kapal Royal Navy = Jack Sparrow merampas kapal Royal Navy

19th Malay Regiments of British Royal Navy yang dianggotai olah 340 orang angkatan bersenjata (340 brothers in armed) pada kurun ke 19 (sometime in 1800) iaitu lama sebelum Francis Light dan Stamford Raffles jejak kaki ke Tanah Melayu lagi...

user posted image
user posted image

19th Regiment of Malay Navy adalah bekas-bekas lanun yang bermaharajalela di Selat Melaka sebelum ini.. atas sebab keberanian mereka dan kebolehan luar biasa yg mereka miliki (ilmu kebal,ilmu batin, boleh hilang2.. boleh menyelam 4,5 jam dan segala ilmu2 pelik).. mereka diberi ampun dari dihukum gantung dan diambil berkerja dengan British Royal Navy - dibawah 19th Regiment yang diketuai oleh mat salleh bernama Captain John Davie (Davvy Jones???).. nak buat cerita konon fiksyen la apsal nama cam dekat2 je ni.. bilangan orang pun sama.. ini hollywood dah kantoi nih!

user posted image

Pada 1813, 19th Regiments ini melancarkan Mutiny (term bg "pemberontakan dan rampasan/pengambilalihan kuasa" didalam military term or crew ship) keatas British India, mengakibatkan kemusnahan harta dan nyawa di kalangan British yang ramai....

user posted image

Mereka telah merampas 12 kapal laut Royal Navy.. dan.. belayar, mereka berpecah ke Britain.. laut arab.. dan Amerika

Selepas itu.. dari tahun 1813 sehingga tahun 1842... saki baki kumpulan 19th Regiment inilah yang bermaharajalela pula di lautan Arab dan Lautan Utara di Britain.. sehinggakan.. terdapat beberape kes amukan lanun melayu di Queen Dock London

user posted image
user posted image

Separuh daripada anggota Curse Regiment ini juga... diambil oleh Napolean Bonaparte berperang melawan British...
user posted image

Sejak itu 19th Regiment juga dikenali sebagai "the Curse Regiments".. bourne to sails at sea in eternity...

"Bourne to Sails at Sea for Eternity" bukan sumpahan... tapi... pilihan...

These Cursed Regiments.. selepas mutinied against British India...diaorang tak boleh balik kampung halaman.. sebab orang kampung, pembesar dan sultan.. akan bunuh atau hukum dorang sebab 'berkerja' dengan penjajah = dalam erti kate lain.. orang kampung akan pandang diaorang macam Pembelot Negara

...
entah hidup lagi ke tidak diaorang ni semua pun tatau la.. tapi memang salah satu dari lipatan sejarah orang Melayu yang amat hitam, kerja dengan penjajah British dan Napolean Bonaparte lawan balik penjajah British... dia tak pernah setia kepada sesiapapun sesuka hati dia je.. sebab tu orang melayu kalau kata perkataan "lanun" adalah juga bermaksud membuat benda sesuka hati dia je tak ikut peraturan.

tiada siapa pun suka "Captain Jack Sparrow"..
raja-raja melayu pun tak suka, british pun tak suka.. memang lanun betul
asyik kena sumpahan orang je dia ni.


official British Royal Marines Commando video..
buat latihan komando semata-mata nak lawan lanun melayu #1 lanun paling jahat di dunia la kononnya shakehead.gif( haha savvy....ayat paling disukai Captain Jack Sparrow..)

Sumber - forum.lowyat.net..

Thursday, April 14, 2011

Unbelievable David Beckham - terbaek tahun ini..

saksikanlah video terbaik beckham tahun ni.. bukan senang nk buat aksi macam ni...
hanya pemain yang hebat mampu melakukannya..

Tuesday, April 12, 2011

Perak Vs Kelantan...Win again...

Minggu lepas Perak dikejutkan dengan kekalahan yg pertama iaitu bertemu dgn Sabah..Perak kalah 2-0..Mungkin ada hikmahnya.. minggu ini Perak mengalahkan Gergasi bola sepak negara iaitu Kelantan 4 - 0.. Jaringan pasukan perak dijaringkan oleh Fazrul , Shafiq Jamal , Akmal
Rizal dan Razali umar . Pemain terbaik malam ni ak rase Razali umar kandasamy ..Mengapa?? baru dimasukkan beliau melakukan great pass tu akmal dan berjaya menjaringkan gol ke 3 perak... selepas tu beliau menipu penjaga gol kelantan khairul fahmi utk gol yang ke 4.. Apa2pun tahniah kpd pasukan Perak...syabas diucapkan...




KEDUDUKAN LIGA SUPER TERKINI



KEPUTUSAN PERLAWANAN..
Sabah 2 - 2 Perlis
(tamat perlawanan)

Felda United 0 - 1 Selangor
(tamat perlawanan)
...
Harimau Muda 1 - 0 K. Lumpur
(tamat perlawanan)

N. Sembilan 0 - 2 Kedah
(separuh masa kedua)

Pahang 0 - 0 Johor FC
(tamat perlawanan)

T-Team 0 - 1 Terengganu
(separuh masa kedua)

Perak 4 - 0 Kelantan
(tamat perlawanan)
pstt - dengar cite ade penyokong kelantan kene belasah...tu la tempat orang jgn nk tunjuk
baran...sendiri mau igt la...

Sunday, April 10, 2011

Maharaja Lawak week - 2.. Jozan da best....

MH minggu nih paling lawak rasanya kumpulan JOZAN...minggu ni mereka blakon sebagai Yusof Haslam (johan) dan Syamsul (zizan).. minggu nih tiada penyingkiran...mungkin nak menyelamatkan amir kot..yang dikenali memang xlawak langsung...



pastt - aku rase elok amir tu keluat sblum orang naik benci...

Friday, April 8, 2011

Fakta mengenai Telur tiruan

Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae – bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa.

Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.

Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan.

Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya.

Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain.

Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar.

Cara mengenal telur tiruan

1. Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.

2. Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.

3. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.

4. Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.

5. Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.

6. Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.

7. Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.

8. Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

CARA PEMBUATAN TELUR TIRUAN...

Thursday, April 7, 2011

Perkara yang anda tahu dan mungkin tidak tahu mengenai military of malaysia

PERKARA YANG ANDA TAHU DAN MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI MILITARY OF MALAYSIA
(Fakta yang saya kemukakan ini mungkin di bawahnya ada yang tidak tepat kerana tidak dapat disahkan kebenarannya. Saya berharap ada pembaca yang akan terangsang mindanya dan cuba mencari kebenaran akan cerita-cerita di bawah ini)

Tuesday, April 5, 2011

Tidak macho kalau guna duit wanita...

Memang lumrah untuk setiap pasangan keluar dating. Samada menonton wayang, keluar makan, shopping ataupun sekadar berjalan-jalan di tasik ataupun di mana sahaja. Kalau sudah keluar dating itu, memang tidak sah kalau duit di dalam poket tidak dikeluarkan. Tetapi, selalunya hanya lelaki sahaja yang bawa keluar duit mereka. Kononnya, tidak macho kalau guna duit wanita. Betul ke?

UltrasPerak...Win Again...

TERBAEK.....itu yang dapat diungkapkan selepas Perak berjaya mengalahkan Perlis 2-1 . Tuan rumah ketinggalan 1 -0 bangkit pada separuh masa kedua .Jaringan kemenangan disumbangkan oleh Shahrul Nizam Mustapa dan Akmal Rizal . Hasil kemenangan tesebut Perak kini menduduki tempat kedua liga . Selangor menduduki tempat yang pertama . Juara Bertahan, Kelantan mengalami kekalahan yang kedua apabila tumpas kepada T-Team 4 - 3 . Apa2 pun Tahniah kepada Perak berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah..







Monday, April 4, 2011

Safee Sali Meledak lagi....

Safee sali meledak lagi...kali ni mangsanya ialah pasukan Persijap Jepara..Safee menjaringkan gol pembukaan pada minit 10 . Jaringan akrobatik yg dilakukan telah mengejutkan pasukan lawan..
Pelita jaya memenangi 2 - 0.. Pelita jaya kini di tempat ke 14 dengan 19 mata...


Syabas Safee Sali..

Saturday, April 2, 2011

Perak menang... ( Perak Vs Felda United)

Tahniah kepada team Perak kerana berjaya mengalahkan team felda, selain itu Perak juga berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah. Syabas Diucapkan

Friday, April 1, 2011

( Tribute P.Ramlee) Satu Indiepretasi.....

Syabas kepada sekumpulan anak2 muda indie yg Indiepretasi lagu-lagu Tan Sri P Ramlee




Tunggu Sekejap - HUJAN



Itulah Sayang - Yuna, Mira(Tilu) , Liyana Fizi ,Najwa


Hujan ft. Faris Awanband - Malam Bulan Di Pagar Bintang



Bittersweet - Getaran Jiwa



Monoloque - Tiada Kata Secantik Bahasa



Meet Uncle Hussein - Ya Habibi Ali Baba



Couple - Menche Che Bujang Lapok

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...