neobux

Thursday, May 19, 2011

10 Pistol Terbaik Dunia...

Pistol/Handgun merupakan senjatapi yang direka supaya dapat dipegang dan dikendalikan secara sebelah tangan, mana kala tangan yang sebelah lagi sebagai pilihan menyokong tangan yang melakukan tembakan. Ciri-ciri ini secara umum membezakan handgun dengan senjatapi-senjatapi lainnya. Berikut adalah 10 pistol terbaik dunia mengikut turutan:

1. Fabrique Nationale (FN) Five-seveN (Belgium)



Type: Double Action Only atau Single Action (model Tactical)
Chambering: 5.7x28mm SS190
Panjang: 208 mm
Panjang barel : 122.5 mm
Berat: 620 g tanpa magazin; 760 g loaded
Magazin: 20 butir peluru
Velocity: 2130 kaki sesaat


Pistol Five-seveN ini direkacipta oleh syarikat FN (Belgium) sebagai pasangan komplementari SMG P90. Senapang P90 dan Five-seveN menggunakan amunasi yang sama iaitu peluru katrij 5.7x28mm SS190. Amunasi SS190 kelihatan seperti katrij 5.56mm NATO yang dikecilkan dan mempunyai keberatan 2.02 gram dengan mata peluru tajam yang diperbuat dari keluli dan teras peluru aluminium menghasilkan kelajuan 650 meter sesaat (2130 kaki sesaat) tembakan. Idea di sebalik amunasi dan senjata ini ialah demi menghasilkan penetrasi yang lebih baik terhadap anggota yang memakai jaket perisai kalis peluru sementara mengekalkan keberatan, dimensi dan rekoil senjata pada kadar yang munasabah.

Five-seveN ini adalah senjatapi semi automatik yang beroperasi secara delayed blowback. Bingkai pistol ini diperbuat dari polimer dengan dilengkapi rail di bawah barel untuk pemasangan aksesori. Pistol ini diperbuat dalam dua versi: Five-seveN standard, yang dikhususkan untuk kegunaan tentera, dan Five-seveN Tactical, untuk kegunaan Penguatkuasa Undang-undang yang menggunakan pistol sebagai senjata utama.

Satu-satunya perbezaan di antara model Standard dan Tactical ialah ciri pembidikan/trigger senjata: Five-seveN standard hanya mempunyai ciri trigger Double Action sahaja dengan long trigger pull dan tidak mempunyai external safeties; Five-seveN Tactical pula menampilkan trigger Single Action dengan tarikan trigger yang pendek dan lembut dan dilengkapi dengan suis ambidextrous safety, yang terletak di bahagian bingkai pistol di sebelah atas pembidik. Sight tetap dipasang pada pistol dengan pilihan sight waktu malam.

Five-seveN diperagakan sebagai mampu menembusi vest kalis peluru PAGST pada jarak 300 meter dan vest kalis peluru CRISAT (dilapisi kevlar + titanium) pada jarak 100 meter.

Pistol Five-seveN ini cuma dijual pada kerajaan.


2. Beretta 92 (Italy)



Kaliber: 9x19mm Luger/Para
Action: Double action
Panjang: 217 mm
Panjang Barel: 125 mm
Berat tanpa magazin: 950-975 gram
Kapasiti: 15 butir peluru


Pada asalnya direka untuk kegunaan tentera dan polis Itali, pistol Model 92 ini menempa nama melalui penggunaannya oleh tentera Amerika sebagai senjata sokongan/sidearm utama. Ia dibuat antara 1970 dan 1975 sebagai pengganti pistol Beretta M951 yang lama, dan memasuki pembuatan di Itali pada tahun 1976.

Pertama kali digunakan oleh tentera Brazil pada tahun 1977, pistol ini kemudiannya digunapakai di Itali sebagai Model 92S, dan akhirnya dimodifikasikan sebagai Model “F”. Pada tahun 1985 tentera US menggunakan model 92F. Pada penghujung 1980an dan 90an pistol ini turut digunakan oleh tentera Perancis. Perlu diperhatikan bahawa manakala pistol ini amat efektif digunakan di medan pertempuran, Beretta 92 ini agak besar disebabkan kapisiti kaliber dan magazinnya dan yang demikian kurang sesuai untuk pengguna-pengguna biasa dan yang mempunyai tangan yang kecil.

Dengan pengenalan Model 92FS pada penghujung tahun 1980an, suatu lagi ciri keselamatan ditambah pada pistol ini dalam bentuk kepala pin hammer yang diperbesarkan. Ia bertujuan menghalang slide bahagian belakang tercabut dan melayang menghentam muka penembak ketika tembakan dilakukan sekiranya berlaku kerosakan pada slide pistol. Ini terjadi beberapa kali pada peringkat mula senjata ini digunakan oleh tentera US.


3. Walther P99 (German)



Type: Double Action
Kaliber:9x19mm Para, .40SW
Panjang: 180mm
Berat: 720g tanpa magazin dan peluru
Panjang Barel : 102mm
Kapisiti: 16 butir (9mm), 12 butir (.40SW)


Pistol P99 merupakan langkah yang agak radikal yang diambil oleh syarikat pembuatnya iaitu Walther, hasil inisiatif pengurusan baru syarikat. Pembangunan pistol baru ini bermula dalam tahun 1994 dan pistol-pistol keluaran pertama telah dipertunjukkan kapada umum pada tahun 1997. Pistol-pistol awal dicipta untuk memuatkan katrij peluru berukuran 9 mm, dan versi .40 S&W muncul pada tahun 1999. Menjelang 2004, syarikat Carl Walther telah menampilkan pistol-pistol P99 generasi kedua. Senjata keluaran baru ini mempunya ciri ergonomik yang diperbaiki, dan diberi nama baru P99AS (Anti-Stress). Syarikat senjata Smith & Wesson telah meniru pistol ini dan menamakannya SW99, menggunakan bingkai polimer buatan Walther dengan memasang slide dan barrel cipataannya sendiri yang mempunyai bentuk yang agak berbeza. S&W juga menghasilkan versi a .45-calibre. Pistol 9mm P99 juga dikeluarkan di Poland di bawah lesen daripada Walther dan merupakan senjata utama pasukan polis di sana.

Walther P99 ini beroperasi secara short-recoil operated, locked-breech. ia menggunakan sistem locking Browning yang dimodifikasikan. Bingkainya diperbuat daripada polimer dengan pemegang ganggang bahagian belakang yang boleh ditukar ganti. Tiga jenis pemegang dengan bentuk-bentuk yang berbeza disertakan bersama pistol ini bagi membolehkan pengguna menyelaras genggaman ganggang mengikut citarasa mereka sendiri. P99 standard mempunyai fungsi double/single action dengan dilengkapi butang untuk decocking. P99 menggunakan rear sights yang boleh dilaraskan.

4. QSZ -92 (China)



Type: Double Action
Kaliber: 5.8mm buatan China atau 9x19mm Para
Berat tanpa peluru: 760 g
Panjang: 190 mm
Panjang barel: tidak diketahui
Kapasiti: 15 rounds
Velocity: 1148 kaki sesaat


Pistol QSZ-92 merupakan perkembangan terbaru kilang-kilang senjatapi milik pemerintah negara China, dan kini digunakan oleh oleh tentera PLA (Chinese People's Liberation Army). QSZ-92 ini dikeluarkan dalam dua versi, yang mempunyai perbezaan saiz kalibernya: satu yang menggunakan amunisi biasa 9x19mm Luger / Parabellum (QSZ-92-9), dan yang satu lagi menggunakan amunasi 5.8mm buatan China sendiri yang berbentuk hujung botol dan dipertajamkan (katrij QSZ-92-5.8). Pembangunan senjata ini bermula sekitar 1994, dan bilangan yang digunakan agak terhad sejak penghujung 1990an.

QSZ-92 ini beroperasi secara short recoil locked breech. Ia menggunakaan barrel yang berputar bagi mengunci dan membuka slide semasa recoil. Bingkai pistol ini diperbuat daripada polimer. Pistol ini menggunakan makanisma Double Action, dangan pemicu/hammer luaran dan dilengkapi dengan ambidextrous safety / decocker lever, yang terpasang pada kedua-dua belah bingkai senjata. Katrij peluru sebanyak 15 butir di dalam magazinnya tersusun dalam dua baris untuk setiap kaliber. Bahagian hadapan bingkai pistol ini dilengkapi dengan rel bagi memuatkan laser sight atau flashlight.Penenang/sight yang terpasang pada senjata mempunyai luminous insert untuk digunakan dalam keadaan gelap.


5. FN Herstal FNP (Belgium)



Type: Double Action
Kaliber: 9x19mm Luger/Parabellum dan .40S&W
Berat: ~710 g empty; 890 g dengan diisi 16 butir peluru
Panjang: 200 mm
Panjang Barrel: 100 mm
Kapasiti: 16 butir (9mm) atau 10 butir (.40)


Pistol FNP adalah pembuatan terbaru syarikat senjata Belgium yang ternama iaitu FN Herstal. Diumumkan pada tahun 2003, rekabentuk asas ini mempunyai dua versi. Versi Penguatkuasa Undang-Undang / versi Militari dipasarkan sebagai model FNP-9, berwarna hitam kelabu; versi sivil pula dipasarkan sebagai Browning PRO-9, dan mempunyai kemasan besi tahan karat pada slidenya. Bingkai pistol bagi kedua-dua versi adalah diperbuat daripada polimer. Senjata-senjata ini dikeluarkan oleh dua buah kilang milik FN - untuk pasaran Eropah dikeluarkan di Herstal, Belgium; sementara untuk pasaran US ia dikeluarkan di kilang FN di Columbia, South Carolina, USA.

Berdasarkan kepada ukuran modern, FNP-9 / PRO-9 merupakan pistol yang agak konvensional, sesuai untuk pasukan polis, tugas-tugas kawalan keselamatan, atau untuk mempertahankan diri. Sebenarnya, FNP-9 adalah kompilasi ciri-ciri pistol yang dikenali sebelum itu, termasuk bingkai yang diperbuat dari polimer, sistem locking mirip SIG-Sauer, ganggang belakang yang boleh ditukar ganti yang diperkenalkan oleh Walther. Pistol FNP-9 ini agak selesa dipegang dan sangat berkesan.

FNP-9 beroperasi secara short recoil operated, locked breech. Bingkai pistol diperbuat datipada polimer kalis gegar. Mempunyai sistem trigger Double Action dengan hammer yang terdedah dan butang-butang decocking yang terletak pada setiap sebelah bingkai. Modul trigger / hammer dibentuk dalam satu unit dan mudah ditanggalkan untuk pemeriksaan dan penyelenggaraan atau diganti dengan yang baru. Bahagian lain pistol ini yang mudah ditukar termasuk barrel cradle / slide rail module dan bahagian belakang ganggang. Pemegang ganggang tersedia dalam dua variasi, satu yang lurus dan satu lagi melengkung. Bahagian depan bingkai senjata dilengkapi dengan rel untuk aksesori flashlight atau laser sight.

6. Heckler - Koch Mk.23 mod.0 US SOCOM pistol (Germany/USA)



Caliber: 45 ACP
Action: Double Action
Panjang: 245 mm
Tinggi: 150 mm
Lebar: 38.8 mm
Berat: 1100 g
Kapasiti Magazine: 12 peluru


Pistol ini telah dibangunkan atas permintaan US SOCOM (Special Operations Command) dan memasuki persaingan dengan Colt dalam pemilihan pistol-pistol untuk OHWS - Offensive Handgun Weapon System - pistol ofensif pertama US Military sejak Colt M1911 Govt digunapakai. Permintaan ini dikeluarkan pada pertengahan 1991, dan pesaing utama kepada senjata ringan H&K ini adakah hanya syarikat Colt yang memperagakan pistol SOCOM keluaran mereka. Menjelang 1993 H&K telah memajukan prototaip pertama dalam persaingan tersebut, dan akhirnya pistol HK SOCOM berkembang menjadi pistol Mk.23 model 0, dikeluarkan oleh US Special Operations Command kepada pengendali-pengendalinya.

Mk.23 mod.0 dicipta untuk menggunakan peluru katrij .45CP, yang memperikan kuasa henti yang lebih mantap berbanding katrij NATO-standard 9mm Luger. Mk.23 mod.0 dicipta bagi menghasilkan tembakan amunisi .45ACP +P yang paling kuat tetapi selamat dan berkesan, dengan menggunakan sama ada peluru bebola (FMJ) atau peluru JHP yang lebih mahal harganya. Mk.23 mod.0 biasanya dilengkapi dengan quick-detachable silencers, yang dibuat oleh syarikat USA iaitu Knight's Armaments Co, dengan laser pointing module, yang dipasang pada rel di bahagian bawah barrel. Keluaran pertama pistol Mk.23 model 0 ini telah diserahkan kepada pengguna-penggunanya pada tahun 1996.

Secara amnya, Mk.23 mod.0 adalah sepucuk pistol tempur yang sangat berkesan dan cukup kuat. Satu-satunya kelemahan yang ada pada pistol ini ialah saiznya yang besar dan berat, yang demikian dalam beberapa situasi pengguna-pengguna memilih untuk membawa pistoll-pistol HK USP Tactical yang lebih ringan dan kecil namun mempunyai kebanyakan daripada ciri-ciri yang ada pada Mk.23 mod.0 ini.

Heckler-Koch juga turut mengeluarkan versi pistol Mk.23 mod.0 untuk kegunaan awam, yang diberi nama Mark 23, yang dijual bersama magazin 10 butir demi mematuhi undang-undang Amerika Syarikat.

Mk.23 mod.0 merupakan pistol semi-automatik locked breech yang beroperasi secara short recoil. Bingkai senjata ini diperbuat daripada polimer tahan lasak. Pistol ini menampilkan sistem trigger double action yang mempunyai butang decocker berasingan, satu ambidextrous safety, yang membolehkan ia dibawa dalam keadaan "cocked and locked". Pelindung pembidik (trigger guard) diperbesarkan untuk keselesaan tembakan apabila sarung tangan dipakai. Butang pelerai magazin terletak pada bahagian bawah trigger guard dan perlu ditekan bagi mengeluarkan magazin. Kedua-dua penenang (sights) depan dan pelakang adalah dilengkapi dengan luminous dots.


7. Glock-17 (Austria)



Type: Semi-Automatic
Panjang: 186 mm
Panjang Barrel: 114 mm
Berat Tanpa Peluru: 625 gm
Kapasiti Peluru: 10, 17, 19 atau 31


Keluarga pistol automatik Glock, bermula dengan Glock 17 yang cukup terkenal, dibuat oleh syarikat Austria Glock Gmbh. Pistol Glock 17 mula diperkenalkan kepada tentera dan polis Austria pada awal 1980an diberi nama P-80. Sejak itu, Glock 17 dan turunannya menjadi sengatapi yang begitu popular di kalangan pasukan tentera dan penguatkuasa undang-undang, menyaksikan eksport ke lebih daripada 50 negara seluruh dunia.

Pada masa kini pistol Glock boleh menggunakan kesemua kaliber utama, iaitu 9x17mm Short (.380ACP), 9x19mm Luger, .357SIG, .40SW, 10mm auto dan .45ACP. Juga, siri pistol Glock tersedia dalam model-model full-size service, semi-compact, compact untuk concealed/backup carry, dan model-model untuk pertandingan menembak. Versi-versi yang digunakan untuk latihan yang memuntahkan non-lethal practice ammo, turut dukeluarkan. Versi latihan dibezakan dengan versi "live" melalui warna bingkai pistol - bingkai biru untuk pistol latihan dan bingkai merah untuk pistol biasa.

Semua versi pistol Glock mempunyai bingkai yang diperbuat daripada polimer, slide diperbuat dari keluli yang melalui proses tempaan tepat dan melalui rawatan haba Tenifer bagi meningkatkan ketahanan karat dan luntur. Glock mempunyai lingkungan jari di bahagian hadapan ganggang dan alur ambidextrous untuk menempatkan ibu jari. Semua versi mempunyai rel di bahagian bawah barrel untuk pemasangan aksesori. Penenang (sight) bahagian depan dan belakang berbentuk ekor merpati dan biasanya mempunyai titik putih atau yang bersinar. Sight boleh laras juga disediakan untuk kegunaan dalam pertandingan menembak.

Kebanyakkan model dilengkapi dengan barrel factory-ported. Model-model ini ditanda dengan huruf "C" selepas nombor model, contohnya Glock 17C.

Hanya Glock 17 yang boleh diubahsuai sebagai "amphibious kit" yang membolehkan tembakan dilakukan di bawah permukaan air (hanya dalam air cetek sahaja). Pada dasarnya, tembakan di bawah permukaan air tidak mendatangkan kesan dalam pertempuran sebenar, memandangkan keberkesanan jaungkauan tembakan yang pendek. Tujuan sebenar ciri ini adalah untuk membuktikan kekuatan pistol ini yang membolehkan penggunaan dalam keadaan cuaca buruk apabila kemungkinan berlakunya takungan air di dalam barrel (dalam kebanyakkan pistol ini akan mengakibatkan barrel meletup).

Versi select-fire Glock yang mempunyai selector lever semi dan automatik (diklaskan sebagai machinepistol), dinamakan sebagai Glock 18, hanya tersedia untuk penggunaan peluru katrij 9mm Luger dan cuma dijual pada Tentera/Penguatkuasa Undang-undang. Glock 18 mampu menembak satu tembakan atau tiga tembakan shot bursts (rentetan 3 peluru dalam satu tembakan). Glock 18 boleh dilengkapi dengan magazine berisi 31 butir peluru dan folding stock. Secara teori Glock boleh memuntahkan sehingga 1200 butir peluru seminit dalam mode auto.


8. HS2000 (Croatia)



Panjang: 186 mm
Panjang Barrel: 180 mm
Berat Tanpa Peluru: 650 gm
Kapasiti Peluru: 16 (9mm), 12 (.357 atau .40), 9 (.45GAP) atau 13 (.45ACP)


Pistol HS2000 direka cipta oleh syarikat negara Croatia iaitu IM Metal untuk kegunaan tentera Croatia pada lewat 1990an. Pengeluaran model 9mm HS2000 bermula pada tahun 1999, yang mana pistol pertama diserahkan pada tentera Croatia pada tahan yang sama. Pertama kali muncul di Amerika Syarikat pada tahun 2000, yang pada mulanya diimport di bawah namanya yang asal. Walau bagaimanapun, pada penghujung 2001, syarikat Springfield Armory Company USA menjadi pengimport utama pistol-pistol HS2000 di USA. Springfield telah membuat sedikit penambahbaikan ke atas pistol ini dan menukarkan namanya kepada Springfield XD (eXtreme Duty pistol), dan pada masa kini dikeluarkan dalam pelbagai saiz, kaliber dan kemasan (masih merupakan buatan Croatia).

Selepas beberapa tahun menjalani proses pemasaran yang agresif, pistol ini diberikan reputasi cemerlang dari pengguna-pengguna di Amerika dan pada masa kini digunakan oleh beberapa jabatan polis Amerika dan diluluskan jualan kepada pegawai-pegawai polis.

Pistol HS2000 yang dikeluarkan kini mempunyai rel sepadu untuk pemasangan aksesori di bahagian bawah barrel; versi awal tidak mengandungi ciri ini. Pelerai magazine terletak pada sebelah menyebelah tirgger guard. Tentera Croatia menggunakan pistol ini yang dikeluarkan dalam warna hitam, sementara versi komersil mempunyai bingkai berwarna hitam atau "military green" dengan slide hitam atau perak.


9. Heckler and Koch USP (German)



Type: Double Action
Calibers: 9x19mm Luger, .40 S&W, .45 Auto, .357SIG
Panjang: 194 mm
Tinggi: 136 mm
Lebar: 32 mm
Berat: 720 g
Kapisiti: 15 (9mm), 13 (.40), 12 (.45)


Heckler & Koch memulakan pembangunan projek baru Universal Selbstlade Pistole (Universal Self-loading Pistol, atau USP) pada pertangahan 1989. Konsep rekabentuk baru tersebut adalah demi membekalkan kepada pasukan polis dan tentera satu senjatapi universal yang tersedia dalam pelbagai versi dan saiz. Pasaran yang disasarkan bagi senjata ini adalah Amerika Syarikat, kerana versi pertama pistol ini yang muncul pada tahun 1993 adalah direka untuk memuatkan katrij peluru baru keluaran Amerika iaitu .40 S&W. Versi 9 mm muncul tidak beberapa lama kemudian, dan dalam tahun 1995 pistol USP 9mm yang diberikan sedikit pengubahsuaian telah digunapakai oleh Bundeswehr (tentera Jerman) sebagai service pistol mereka yang baru diberi nama P8. Pada tahun yang sama H&K juga telah mengeluarkan satu lagi versi “America-special” USP, kali ini menggunakan caliber.45 ACP. Dalam tahun 1996 siri pistol USP kompak memasuki pengeluaran dan pada tahun berikutnya ia secara rasmi diluluskan kepada pasukan polis German yang menggunakannya sebagai 9mm P10.

Beberapa versi USP turut direka khusus untuk pasaran awam, contohnya USP Expert, USP Elite dan USP Match. Terdapat juga beberapa versi "special-purpose" USP. ini termasuk dua variasi original yang dipasang extended threaded barrel bagi pemasangan silencer, USP .45 caliber Tactical dan 9mm USP 9 SD, yang baru-baru ini menyertai .45 caliber USP 45 Compact Tactical, yang dalam situasi tertentu menjadi pilihan tentera US berbanding dengan pistol Mark 23 Model 0 yang lebih besar dan berat.


10. SIG Sauer P250 (German/USA)



Type: Double Action
Calibers: 9x19mm Parabellum; .357SIG, .40SW dan .45ACP
Berat tanpa peluru: 700 gm
Panjang: 183 mm
Panjang barrel: 98 mm / 3.9"
Kapasiti: 15 atau 16 (9mm)


SIG-Sauer P250 adalah tambahan terbaru kepada siri pistol SIG-Sauer yang terkenal. Pertama kali diumumkan pada pameran IWA-2004 di Nurnberg, German, pistol ini kemudianna mengambil masa 4 tahun lagi melalui usahasama jurutera Jerman di J.P.Sauer dan jurutera Amerika daripada SIGARMS. Pisyol ini diperkenalkan semula pada lewat 2007, dalam versi single caliber (9mm), single frame size (compact) dan three grip sizes (S - small, M - medium and L - large).

Ciri utama P250 adalah modulariti penuhnya - yang menggunakan pelbagai kombinasi variasi barrel / slide dan bingkai yang memungkinkan pengguna memasang pistol ini dalam konfigurasi yang diinginkan, menggunakan serialized receiver keluli sebagai asas pemasangan. Ini berguna untuk jabatan-jabatan polis yang besar bagi tujuan pemasangan pistol dalam simpanan mereka dalam bentuk taktikal yang diingini (pistol kompak yang mudah disimpan, saiz penuh untuk dibawa di dalam holster dan disesuaikan dengan pelbagai caliber) dan untuk pelbagai pengguna (pelbagai saiz grip untuk setiap konfigurasi bingkai), namun hanya satu jenis sahaja yang digunakan untuk latihan.

Bingkai senjata ini diperbuat daripada polimer kalis hentakan. SIG-Sauer P250 DC dilengkapi dengan combat-type sight, dan bingkainya dilengkapi dengan rel Picatinny untuk pemasangan flashlights atau laser pointer.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...