neobux

Friday, July 29, 2011

Project Serangan Subuh (Dawning Raid september1981)



Diterajui oleh mantan PM kita iaitu Dr Mahathir Mohamed,projek hebat yang berlaku pada sept 1981 di mana Malaysia mengejutkan Kerajaan British dengan pengambil alihan Guthrie, Sime Darby n Golden Hope (Ketiga-tiganya sykt British masa tu) melalui projek khas dikenali Projek Serbuan Subuh dengan membeli saham di London Stock Exchange pada waktu subuh tanpa disedari sesiapa. Apa yang menariknya projek yang diterajui oleh Tun M yang menghantar 4 orang (Ku Li, Ghafar Baba, ?3,?4) bukan saja berjaya membawa kembali beratus ribu ekar tanah milik Malaya, malah tanah-tanah lain kepunyaan ketiga-tiga syarikat perladangan tersebut di seluruh dunia dengan anggaran keseluruhan sebanyak RM36 Billion.


Ada satu versi lagi yang mengatakan pada April 1981, Tun M melancarkan ASN. Rupa2nya tujuan ASN tu bukan sahaja sebagai tabung pelaburan rakyat, tapi sebagai cara untuk mengumpul wang bagi tujuan dawn raid project. 5 bulan kemudian (Sept 1981) dengan duit ASN itulah yang digunakan untuk membeli semua saham2 Guthrie di LSE. Walaupun guna duit ASN, tapi projek tu amat berbaloi kerana jumlah aset Guthrie yang dimiliki adalah jauh lebih besar iaitu sebanyak 36 Bilion ditambah pula dengan tanah di dalam dan luar negara kepunyaan Guthrie. Seolah-olah Guthrie diperolehi secara percuma.


Margeret Thatcher


Margeret Thatcher amat bengang dengan kejatuhan syarikat British yang berusia lebih 200 tahun ke tangan Malaysia (ladang Guthrie pun dahulunya milik Malaya). Beliau hanya tahu seminggu selepas peristiwa tersebut. Ianya jadi pengajaran yang amat berguna kepada PM Britain tu kerana sebelum ni dia amat bongkak kerana enggan menjual tanah Guthrie yang ada di negara kita semasa Malaysia menawarkan untuk membeli tanah tersebut. Tapi akhirnya Tun M dengan beraninya melaksanakan Dawn Raid Project sehingga tiada satu ekar pun tanah Guthrie di seluruh dunia yang tidak jatuh ke tangan Malaysia dan pengambilalihan itu sah di sisi undang2 ekonomi antarabangsa walaupun kerajaan Britain membantah.

Akhbar-akhbar di seluruh dunia pada masa itu meletakkan pengambilalihan itu sebagai berita utama mereka dengan tajuk antaranya "Serbuan Menyingsing Subuh" dan "Serangan Malaysia ke atas Kota London" yang menceritakan tentang kejayaan Malaysia, sebuah negara kecil di Asia Tenggara yang berjaya menundukkan keegoan Britain dalam usaha mendapatkan semula beratus ribu ekar tanah yang dahulunya kepunyaan orang Melayu tetapi dimiliki British sejak zaman penjajahan.

Setelah dimalukan di atas kejatuhan Guthrie kepada Malaysia, Kerajaan Britain telah meminda undang2 di LSE dengan mensyaratkan setiap individu atau kumpulan yang ingin memiliki harta British perlu melalui Parlimen British terlebih dahulu. Kesan daripada peristiwa tersebut, hubungan Malaysia-Britain menjadi dingin dan kerajaan Britain menuduh Malaysia dengan pelbagai tuduhan negatif berkenaan pengambilalihan Guthrie. Sekali lagi Tun M dengan beraninya
mengadakan kempen Buy British Last dan memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur yang seterusnya menutup terus mulut Britain pada masa itu.

dari utusan online..

KUALA LUMPUR 21 April...

Projek serbuanwaktu subuh yang merintis kejayaan Malaysia membawa balik syarikatperladangan negara KumpulanGuthrie Bhd. (Guthrie) dari London merupakan projek kerajaan yang dimulakan sejak pemerintahan TunAbdul Razak lagi.



KetuaEksekutif dan Pengurus Besar PermodalanNasional Berhad ( PNB )yang pertama, Tan SriMohd. Desa Pachi berkata,
usaha membawa balik Guthrie,
yang sebelum itu dikenali sebagai GuthrieCorporation PLC
diserahkan kepada PNB iaitu sebuah institusi pelaburan bumiputera yang baru ditubuhkan.

Menurutnya, ia merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan di bawah kepimpinan Allahyarham Tun Abdul Razak
untuk membawa kembali semua syarikat Malaysia yang disenaraikan di BursaSaham London termasukGuthrie.

Sambil mengimbas sejarah kejayaan negara membawa balik syarikat perladangan terkemuka di dunia itu,
beliauberkata, percubaan kali pertama membawa balik Guthrie
gagal kerana masalah teknikal dan harga saham Guthrie pada masa itu terlalu mahal.

Bagaimanapun,usaha kedua setahun selepas itu yang dirangka dengan lebih sistematik telah membuahkan hasil yang membanggakan apabila kerajaan berjaya membawa kembali Guthrie
di bawah kawalan rakyatMalaysia. Melalui usaha yang dirancang rapi selama setahun selepas percubaan pertama gagal, PNB berjaya menguasai Guthrie Coproration PLC pada 8September1981 menerusi projek yang kemudiannya dikenali sebagai "dawnraid atau serangan menjelang subuh", katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Mohd.Desa mengulas dakwaan bekas Ketua Eksekutif PNB
TanSri Khalid Ibrahim bahawa beliau adalah
orang yang bertanggungjawab mengusahakan
proses membawa kembali Guthrie.
Khalid yang menjadi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihanraya kecil Dewan UndanganNegeri kawasan Ijok
pada 28 April ini merupakan Ketua Eksekutif PNB yang kedua.

Mohd. Desa berkata, PNB terlibat secara langsung merangka strategi untuk membawa balik Guthrie pada masa itu.
Menurut Mohd.Desa,selepas setahun beliau dilantik oleh kerajaan
sebagai KetuaEksekutif dan Pengurus Besar pertama PNB pada 1979,
beliau maklum mengenai ura-ura membawa balik Guthrie.

Mengulas lebih lanjut mengenai serbuan waktu subuh atau Dawn raid tu, beliau berkata,sebelum itu secara kebetulan kerajaan telah pun menguasai sebahagian Sime Darby.
Katanya,atas arahan kerajaan, Sime Darby kemudian melantik RotchildMerchantBank untuk menjadi penasihat kepada PNB dan Sime Darby dalam usaha mengambilalih Guthrie.

Malangnya, percubaan pertama itu gagal kerana harga saham Guthrie pada masa itu terlalu mahal, katanya.
Mohd.Desa berkata, usaha itu kemudian terhenti seketika kerana mengikut undang-undang pelaburan di Britain, usaha seumpama itu hanya boleh dimulakan semula setahun selepas itu.

Berikutan itu, Gabenor BankNegara Malaysia (BNM) kedua,
Tun Ismail Mohamed Ali dan Rotchild merangka strategi
dengan mengkaji undang-undang berkaitan pelaburan diBritain.
Katanya, setahun selepas itu, setelah merancang dengan teliti, negara akhirnya bersedia untuk meneruskan projek tersebut.

Saya masih ingat lagi apabila Tun Ismail memanggil saya dipejabatnya memaklumkan bahawa seorang pegawai Rotchild,
Jock Armitage akan datang ke Kuala Lumpur dari London
untuk menemui saya menerangkan tentang projek dawn raid.
Saya sempat bertanyakan kepada Tun Ismail apakah itu dawn raid?,
tetapi tidak dijawab oleh Tun Ismail selain menyatakan bahawa
Armitage akan menjelaskan kepada saya kelak dalam pertemuan itu nanti, katanya.

Mohd. Desa berkata, setelah mendapat maklumat lanjut mengenai projek dawn raid, dan menerima arahan Tun Ismail supaya PNB meneruskan usaha itu, beliau telah mengarahkan Khalid yang pada masa itu pengurus pelaburan PNB untuk memantau usaha membawa balik Guthrie dan bekerjasama dengan pemegang-pemegang saham
serta mengatasi masalah yang mungkin boleh menghalang usaha tersebut.

Hasil perancangan yang teliti dan strategi yang betul,
PNB akhirnya berjaya menguasai Guthrie Corporation PLC daripada
Bursa Saham London pada 8 September, 1981,

Katanya, kejayaan itu merupakan kenangan yang sangat manis bagi PNB dan rakyat Malaysia.

8 comments:

Anonymous said...

salah seorang dari 4 org tu adalah khalid ibrahim iaitu menteri besar selangor sekarang. ye dia mmg slh seorang pakar ekonomi yang menyokong kerajaan pada waktu itu. sekadar berkongsi ilmu. tiada unsur politik

Anonymous said...

akhirnya Khalid ibrahim tu sanggup menentang kerajaan BN pula, kerana terlalu kecewa tidak dapat memiliki Guthrie sebagai hak kepentingan dan keuntungan peribadi...sedangkan apa yang BN usahakan adalah untuk kepentingan rakyat dan negara keseluruhannya.permintaan khalid terpaksa ditolak demi kepentingan semua,bila suda marah dia sanggup tentang BN.

Anonymous said...

Orang lain suka buat kerja dan hebohkan kepada semua bahawa mereka hebat... Lebih parah lagi bila dia tak buat pun masih mengaku dialah hero... hmmm...

Tun memang utusan istimewa dari Allah buat bumi bertuah Malaysia.
Proud to be Malaysian.

Anonymous said...

Tun memang istimewa, sampaikan korang diperbodohkan, korang masih anggap dia istimewa tahap dewa..

MELAYU MEMANG MUDAH LUPA DAN BODOH.

Anonymous said...

rothchild?sedarkah kita sapa mereka ini.cuba kaji siapakah mereka ini.mmg ingin membantu @ ada agenda mereka sendiri?

Anonymous said...

Rothschild family..manusia terkaya di dunia yg memegang stp bank negara di dunia.. Tun bkn sahaja menundukkan britain tp termasuk rothschild family yakni salah satu pemegang kuasa terbesar dlm tangga freemason turut tunduk sehingge tepakse turun ke malaysia utk berunding demi menyelamatkan maruah mereka.. Sedar lah anak bangsa... Tun bukan ahli freemason ttp Tun ialah org yg menentang stp pembangkitan ahli2 dajal...

Anonymous said...

Dah banyak bukti menunjukkan hampir semua krisis besar dunia disebabkan pemodal antarabangsa Rothschild.. dari Perang dunia 1, 2, Revolusi Peranchis, Kejatuhan Tsar Russia dan revolusi Bolshevik, revolusi Amerika, pembentukkan negara haram Is43L, ...semua tahap dewa punya inciden, pastu dia datang nak menyembah dan tolong TDM... apa punya logik la....yg aku pasti kita yg merayu menyembah mintak tolong dia... dan dia takkan tolong secara percuma... tengok je la, sebelum ni, mana ada bank asing kepunyaan dia yg masuk beroperasi... sekrg atas sudah masuk UBS la, Morgan Stanley la, Citibank la.. dulu Citibank kredit card je.. sekarang dah boleh offer banking services.... kita ni bila deal dengan setan, kita untung seringgit (dah happy gila), tapi kita tak sedar kita rugi rm1000 atau lebih....

Anonymous said...

4 org yg bersama.menjayakan adalah:
Tun Ghafar Baba
Tun Ismail.Ali
Tengku Razaleigh Hamzah
Rashdan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...