neobux

Monday, July 18, 2011

Kompleks Bangunan Yang Terbiar

Bodie, California
Bodie mula dibuka pada tahun 1876 sebagai sebuah lombong emas. Pada tahun 1880, jumlah penduduk di situ meningkat kepada 10,000 orang. Pada ketika itu dikatakan terdapat 65 bar di sepanjang jalan utama dan sebuah Chinatown untuk penduduk Cina. Selepas hasil mineral berkurangan, penduduk di bandar ini berkurangan secara mendadak. Selepas kebakaran besar berlaku di kawasan perniagaan, hampir kesemua penduduk berpindah dari situ. Pada tahun 1962, bandar ini menjadi Taman Sejarah Bodie selepas semua penduduk berpindah. Kini hanya sebahagian kecil kawasan ini masih kekal. Pelawat boleh berjalan di sepanjang jalan yang telah ditinggalkan dan melihat perabot dan hiasan yang masih lagi terletak di tempat asalnya.




Varosha, Cyprus
Varosha merupakan bandar moden yang pernah menjadi destinasi pelancongan mewah. Namun pada tahun 1974 Turki menawan Cyprus termasuk bandar ini. Penduduk melarikan diri dan berharap dapat kembali ke situ semula. Tetapi tentera Turki telah memasang pagar berduri bagi menghalang bandar ini dicerobohi. Hingga kini hanya pihak tentera Turki dan wakil PBB sahaja dibenarkan masuk ke sini. Selepas beberapa rundingan diadakan, pihak Turki bersetuju untuk membuka kembali bandar ini pada tahun 2010 dan menjadikan Varosha destinasi pelancongan semula.




Gunkanjima, Jepun
Pada tahun 1890, syarikat Mitsubishi membeli pulau ini untuk melombong arang dari bawah laut. Beberapa blok apartment mula dibina sebagai kediaman pekerja yang semakin ramai pada tahun 1916. Bangunan-bangunan ini merupakan struktur konkrit paling besar dan pertama dibina di bahagian kepulauan Jepun. Pada 1959, kepadatan penduduk direkodkan ialah 835 orang per hektar bagi keseluruhan pulau dan merupakan antara kepadatan paling tinggi pernah direkodkan di seluruh dunia. Pada 1974, Mitsubishi mengumumkan penutupan lombong ini apabila petroleum mula menggantikan penggunaan arang. Kini kawasan ini langsung tiada penduduk dan disenaraikan sebagai kawasan larangan lawatan. Tetapi pulau ini telah dijadikan lokasi filem Battle Royale II dan menjadi inspirasi permainan video ‘Killer 7’





San Zhi, Taiwan
Pada mulanya San Zhi dibina sebagai kawasan percutian mewah. Tetapi projek ini terhenti setelah berlaku beberapa kemalangan ngeri semasa pembinaan. Selain dari kekurangan modal, pihak berkenaan juga tidak berminat untuk meneruskan projek ini lagi. Terdapat juga khabar angin mengatakan kawasan ini dihantui oleh roh pekerja yang terbunuh semasa pembinaan. Projek ini mungkin tidak akan diteruskan lagi kerana khabar angin yang tersebar. Selain itu kawasan ini juga dikatakan tidak lagi sesuai untuk pembangunan lain kerana mengganggu kediaman roh dianggap tidak baik.




Centralia, Pennsylvania
Bandar ini dibuka pada tahun 1866 dan menjadi tempat tinggal utama pekerja lombong arang batu sehingga tahun 1960-an. Pada tahun 1962, arang batu yang masih tinggal di lombong bawah tanah mula terbakar berikutan pembakaran sampah yang diadakan setiap minggu. Kebakaran bawah tanah itu tidak dapat dipadamkan dan ia berterusan sehingga tahun 1970-an. Pada tahun 1979, seorang pemilik stesyen minyak mendapati suhu di dalam tangki simpanan minyak bawah tanahnya mencapai 77.8 darjah celcius. Seorang kanak-kanak pula hampir maut apabila terjatuh ke dalam lubang sedalam 150 kaki yang tiba-tiba terjadi di tempat dia berdiri. $42 juta telah digunakan untuk memindahkan semua penduduk ke Mount Carmel dan Ashland bagi mengosongkan bandar itu. Menurut pakar, kebakaran itu dijangka berterusan sehingga 250 tahun dan berikutan itu, pihak US Postal Service telah membatalkan kod ZIP Centralia. Bandar ini digelar ‘Silent Hill’ sehingga menjadi inspirasi banyak filem, buku dan permainan video




Deserted Floating City of Oily Rocks

Salah satu bandar yang pelik di persisir pantai Azerbaijan yang kini ditinggalkan. Oily Rocks bermula dengan asas tunggal di atas air dan berkembang kepada sistem laluan serta platform yang dibina di bahagian belakang kapal yang telah tenggelam. Ia dibina bagi kegunaan industri minyak dan kemudian mula dilengkapi dengan kawasan perumahan, sekolah, perpustakaan dan kedai. Sekarang hanya tinggal sebahagian dari kawasan berkenaan kerana selebihnya hilang dilanda ombak.

Abandoned Launch Platform for some of America’s First Spy Satellites

Johnston Atol terletak di tengah pasifik dan terdiri dari lebih dari satu landasan kapal terbang. Pada mulanya ia hanyalah pulau di atas sebuah terumbu kerang sekitar 750 batu di barat laut Hawai. Ia telah diperbesarkan oleh pelombong terumbu kerang selama bertahun-tahun dan hasilnya wujudlah pulau buatan manusia yang dapat menyediakan ruang untuk sebuah pangkalan tentera yang luas dan tempat penginapan untuk lebih dari seribu orang. Antara 1958 dan 1975, Johnston Atol digunakan sebagai tapak ujikaji senjata nuklear bawah tanah. Ia juga merupakan platform bagi pelancaran satelit perisik Amerika yang pertama.

Fort Jefferson


Fort Carroll

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...