neobux

Friday, March 25, 2011

SATRIA NEO R3 BARU

my dream car........



Proton Holdings Berhad telah melancarkan model Satria Neo R3 terbaru mereka dengan tawaran unit terhad kepada 300 unit sahaja. Model ini yang ditala khas oleh syarikat talaan milik Proton iaitu R3 mempunyai kuasa 145hp dan 168Nm tork yang membolehkannya mencapai top speed selaju 205km/h selain beberapa komponen berprestasi tinggi lain.


Antara spesifikasinya ialah kerusi bucket edisi terhad R3 dibalut dengan kulit nappa, karbon PVC dengan jahitan merah, dashboard, gear konsol dan brek tangan berkemasan warna merah matte, door trim dua tona warna dan karpet lantai R3. Butang penghidupan enjin, pedal kaki aluminium dan gear knob yang menarik menambah keunikan Satria Neo R3 sebagai kereta berpaksikan prestasi. Cerminnya juga dilengkapi dengan pelindung suria dan keselamatan. Dalamannya dilengkapi dengan kit audio 2 Din diintegrasikan dengan unit panduan GPS 3D. Ciri keselamatan pula ialah beg udara berkembar dan brek ABS bersama EBD. Model ini akan dijual pada harga RM79,797 termasuk insuran dan cukai jalan dan hanya ditawarkan dalam 1 warna sahaja iaitu merah api dengan bumbung berwarna hitam. Lihat gambar dan video yang disertakan di bawah.


Video :




Spesifikasi :


sumber : Proton Edar

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...