neobux

Tuesday, June 28, 2011

Sejarah asa-usul menajamkan deria bau...



Boleh dikatakan hampir semua mengorek hidung. Pernah tak korang terfikir sape yang pertama skali mengorek idung? Hahaha..ini bukan persoalan bodoh...siapakah yang mula2 mengorek hidung??..

Tiada sape pun tahu siapakah yang mula2 mengorek hidung bagi tujuan keselesaan. Sama seperti penemuan api, perbuatan mengorek hidung berlaku sebelum rekod sejarah ditulis.
Bagaimanapun, kita mempunyai beberapa bukti menarik tentang mengorek hidung yang telah tersebar 10 000 Tahun SM (Sebelum Masihi)...



1) Rekod bertulis pertama tentang mengorek hidung telah ditemui oleh Wilbur Leakey pada penghujung tahun 70-an ketika bekerja di Mesir. Terdapat sejumlah besar skrol papirus yang dipulihara digunakan sebagai catatan harian firaun budak yang terkenal, Tutankhamun, menyatakan tentang bayaran 3 kepala lembu selain makanan dan pakaian diberikan kepada pengorek hidung peribadi raja muda itu...anda bolehla mohon kerja tersebut..hihi

2) Selain itu, beberapa skrol papirus bertarikh beberapa dekad selepas kematian Tut jelas menunjukkan kepentingan kerja-kerja mengorek hidung golongan bangsawan di Mesir Purba.

Athar Veda

3) Terdapat beberapa manuskrip berasal dari India purba di mana sebilangan kecil para pengkaji beranggapan, ia mungkin sebahagian dari 33 bahagian kitab India Veda yang hilang. Di dalam manuskrip berkenaan, mengorek hidung dipercayai amalan untuk mendapatkan deria bau yang tajam.



Amalan mengorek hidup dianggap sungguh menjijikkan

4) Beberapa ribu tahun kemudian, amalan mengorek hidung dianggap menjijikkan. Aristotle, menulis 350 SM mencela perbuatan tersebut, manakala Archimedes yang hidup seabad kemudian menyatakan, 'Jari saya tidak akan digunakan untuk kepentingan pengorek hidung kerana mereka bukan golongan yang disenangi"



Aristotle



Archimedes

5) Haha...anda untung hidup di zaman sekarang kerana mengorek hidung pada zaman dahulu akan ditangkap!! Maharaja Constantine mengisytiharkan pada 299 Masihi, SESIAPA yang ditangkap dengan sebatang jarinya di dalam hidung melebihi satu ruas akan dihukum!



Patung Constantine

6) Raja John England cukup terkenal dengan kegemarannya mengorek hidung. Malah tahi hidungnya dikatakan telah dibuang merata-rata tempat. Bagaimanapun, perbuatannya itu mendapat bantahan di Rom.



Raja John England (King John of England)

7) Heil Hitler! Pada penghujung 1942, propaganda Amerika yang anti-Hitler mengisytiharkan orang Jerman sebagai "rapers of women, eaters of children, defilers of the dead, and pickers of their noses''



Poster propaganda ketika WWII menunjukkan askar Jerman kejam yang mengorek hidung...

-----------------

Semuanya mempunyai sejarah tersendiri..... benarlah kata George Santayana,
"those who forget history will condemn to repeat it..."...
anda melupai sejarah korek hidung...dan anda mengulanginya...anda tetap mengorek hidung kerana anda melupakan sejarah korek idung...hahaha....

Sumber: Buku Aneh,Ganjil dan Luar Biasa terbitan Sutek Corp

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...