neobux

Wednesday, January 25, 2012

Laman perkongsian mediafire akan kekal beroperasi seperti biasa

Dengan MegaUpload yang dipadamkan terus daripada arena internet, dan FileSonic yang menutup fungsi perkongsian pada laman mereka, ramai yang tertanya-tanya berkenaan dengan masa depan salah satu laman perkongsian popular, MediaFire. Melalui sebuah temuramah ringkas yang dilakukan, MediaFire kelihatan akan terus beroperasi seperti biasa, dan tiada perubahan akan dilakukan padanya.



Menurut CEO MediaFire, laman mereka tidak memfokuskan kepada fail-fail berhak cipta, sebaliknya hanya menawarkan perkhidmatan perkongsian berasaskan awan seperti Dropbox dan juga Box.net.

Pada masa yang sama, MediaFire juga diperkatakan mengekalkan perhubungan yang baik dengan pelbagai badan, dan apabila mereka menerima notis berkenaan dengan fail berhak-cipta yang dikongsikan melalui perkhidmatan mereka, MediaFire serta-merta membuangnya.

Bercakap mengenai masa depan, MediaFire diperkatakan memfokuskan kepada storan atas-talian sama seperti Box.net dan juga Dropbox. Buat masa ini, MediaFire menawarkan storan fail sehingga 200MB untuk akaun percuma, dan menawarkan pilihan akaun berbayar versi MediaFire Pro dan juga MediaFire Business dengan pilihan storan tambahan.

Di Malaysia,
Mediafire merupakan laman perkongsian fail yang menjadi pilihan utama,dan mungkin ianya akan terus kekal sepanjang tahun ini.

Sumber asal:http://amanz.my/2012/01/laman-perkongsian-mediafire-akan-kekal-beroperasi-seperti-biasa/

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...