neobux

Wednesday, January 25, 2012

Ribut Geomagnet dijangka landa bumi - gangguan elektrik, satelit



Ribut geomagnet paling kuat dalam enam tahun dijangka akan melanda bumi pada bila-bila masa.

Ia berikutan lentingan jisim korona mendadak dari atmosfera matahari yang menghala ke bumi dikesan sejak 2 hari lalu.

Menurut Pusat Kaji Cuaca angkasa lepas Amerika Syarikat, situasi itu menyebabkan zarah suria bergerak 2 ribu kilometer per-saat, 5 kali ganda berbanding gerakan normal.

Fenomena ini juga menyebabkan perubahan medan megnet bumi secara mendadak.

Jika berlaku, frekuensi tinggi yang dihasilkan mampu mengganggu pancaran radio yang digunakan dalam sistem komunikasi kapal terbang, berhampiran Kutub Utara dan sekitar Amerika Utara, Eropah serta Asia.

Beberapa syarikat penerbangan dinasihatkan mengubah laluan udaranya.

Ribut geomagnet berkenaan dijangka berkekuatan sederhana, tahap dua atau tiga daripada skala 5.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...